Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

$
0
0
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 | Hai. Ada lagi beberapa hari lagi sebelum Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan berlangsung pada 19 Januari 2016 ini. Dengar-dengar, kali ini ramai yang berjaya dipanggil untuk turut serta dalam peperiksaan online tersebut. Tahniah diucapkan sebab nak dipanggil ke peperiksaan pun agak sukar. Terlalu ramai yang memohon. Tahun lalu, 2015 pun tiada langsung pengambilan dibuat untuk Pegawai Tadbir Dilomatik M41 ini.

Sekiranya anda menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, anda dikatakan sebagai salah satu pegawai tertinggi kerajaan. Antara yang menarik minat seseorang untuk menjadi PTD adalah kerana Tangga gaji yang ditawarkan serta peluang kerjaya yang cerah. Dalam erti kata lain, mudah untuk naik pangkat. Wohooooo. Pendek kata, sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik anda akan menikmati masa depan yang cerah. InsyaAllah.

SYARAT LANTIKAN PTD M41


> Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
> Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
> Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
> Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
> Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
> Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
> Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

BIDANG TUGAS  PTD M41

Antara soalan penting dan boleh dikatakan sangat lazim yang ditanya didalam Peperiksaan Online mahupun temuduga adalah tentang Bidang Tugas dan Tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir Diplomatik. Dan sememangnya soalan mengenai tugas dan jawatan yang dipohon sentiasa favourite, walaupun kita sedang ditemuduga untuk syarikat swasta.
Tetapi, secara ringkasnya, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bertanggungjawab dalam 8 teras utama, iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Operasi
2. Pengurusan Kewangan
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara
4. Pengurusan Teknologi Maklumat
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial / Infrastruktur
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Perbandaran / Tanah / Daerah / Tempatan
6. Pengurusan Ekonomi
6. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri

TANGGA GAJI DAN ELAUN PTD M41


Gaji minimum sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41 adalah sebanyak RM2,253.00. Ini sudah cukup banyak untuk fresh graduate. Gaji maksimum sebagai seorang PTD boleh menjangkau sehingga RM8,731.00 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.00. Silap haribulan boleh menjangkau ke puluhan ribu tidak sampai beberapa tahun anda berkhidmat ! Wow. Ini semua belum lagi termasuk dengan elaun-elaun yang ditawarkan. Jadi, mahu atau tidak untuk lulus Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 19 Januari 2016 ini?

Antara elaun-elaun yang layak dinikmati seorang penjawat awam:-

Elaun:
- Imbuhan Tetap Perumaha (ITP)
- Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA)
- Bantuan Sara Hidup COLA
- Imbuhan Tetap Kerajaan
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama
- Bayaran Insentif Wilayah
- Bayaran Insentif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
- Bayaran Insentif Pakar
- Elaun Khidmat Luar Negara

Kemudahan:
- Kemudahan cuti
- Kemudahan Kuarters Kerajaan
- Rawatan perubatan
- Pinjaman Kewangan (Rumah - Masih menunggu kepastian BPA diswastakan atau tidak, kereta dan komputer)
- Subsidi menyertai kelab rekreasi
- Tambang mengunjungi wilayah asal
- Bayaran pakaian istiadat

Faedah persaraan:
- Rawatan perubatan
- Pencen
- Ganjaran Gantian Cuti Rehat (GCR)
- Ganjaran

Pendek kata, memang lumayan jika anda menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaiknya. Ada yang tertanya-tanya kenapa masih juga gagal walaupun telah membuat persiapan dan mengenalpasti semua kriteria sebelum menduduki peperiksaan. Jawapannya adalah : ANDA TIDAK TAHU FORMAT SEBENAR !

Format untuk Peperiksaan Online berubah-rubah setiap tahun. Format soalan tahun 2014 tidak sama dengan Format tahun 2016. Jika anda meggunakan Format tahun 2014 untuk menjawab soalan Peperiksaan Online tahun 2016, anda akan mengalami kerugian besar! Anda tahu yang soalan tahun ini hanya mempunyai 2 Seksyen, iaitu Seksyen A dan Seksyen B sahaja? Bukan 3 seksyen seperti sebelum ini. Tak tahu? Risau?

PAKEJ RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Jangan risau. Anda boleh saja dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik dari Tim Infokerjaya ini. Tim Infokerjaya adalah komuniti bebas yang telah membantu ribuan calon untuk berjaya dalam temuduga kerajaan mulai tahun 2008 lagi.
Melalui Pakej Rujukan ini, anda akan mendapat:

Rujukan ini disusun untuk memberikan "Booster" kepada persediaan anda 19 Januari ini. Tak lama lagi. Anda perlukan sesuatu yang sangat komprehensif !

[+] Menjimatkan masa anda ! Pakej Rujukan ini akan membantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
[+] Jelas format 2016 ! Jika anda menggunakan rujukan 2014 ke bawah, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Pakei Rujukan ini bantu anda faham format terkini!
[+] Bagaimana soalan ditanya ! Pakej Rujukan ini bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.

Jadi, apa tunggu lagi. Anda mahu berjaya dalam dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik atau seorang penjawat awam atau tidak? Jawapannya ada di bawah.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 434