Tadi ada dinner sempena majlis perpisahan staf. Staf yang pindah tu pun sebenarnya bukan ramai sangat pun. Sorang je. Haha. Padahal hari tu kat KK pun dah dinner ramai-ramai jugak. Nak juga makan lagi kat Tawau. Mengada-ngada. Matik lah nak perut berlipat asyik orang belanja, hiks :p
Hari tu masa dinner kat KK ada cabutan bertuah. Untuk orang-orang yg bertuah je. Yg ala-ala sendu macam aku tolong duduk diam-diam makan bertambah pinggan 3 kali. Haha. Ye lah, kadang-kadang kalau kauorang perasan, setiap kali orang kahwin atau family day atau apa-apa majlis yg ada lucky draw, asyiklah orang yang sama dapat. Kalau masa muda dulu selalu juga pergi kenduri kahwin yang ada lucky draw. Tapi tak lucky pun. Tupperware besar tapak tangan pun tak nampak bayang. Selalu kena nombor sipi-sipi je. Puih. Stress.
Ko boleh nampak ada pattern orang bertuah ni "Eh, asyik dia je dapat. Aku ni hapah pun tak de". Kata-kata dengki bisikan syaitonirojim dalam diri.
Ah. Abaikan setan itu dengan memberi tumbukan padu jurus angin kentut. Orang dah belanja makan free lagi mahu bising? T_T. Jangan jadi orang tak bersyukur ! Grrrrrr.
Tapi masa dinner tu, ada lucky draw. Kite dapat hamperrrrrr tau awak. Tiba-tiba nampak cerah masa depan laut membiru cekebom cekebom dalam bidang lucky draw. Ahaks :p. Semangat hakak tunggu sampai habis majlis. Selalu separuh jalan je dah jalan angkat kaki. Kihkih. Bawak balik Tawau, hamper tu dah selamat masuk perut student. Rejeki kauorang lah anak-anak :)
Pehtu ada sesi bertukar-tukar hadiah. Aku malas nak cerita hadiah yang aku beli. Lovely Lace. Malas aku nk cerita. Tapi hadiah yang aku dapat? Peh paling berguna ! Kira kalau dapat memang dah masuk kategori bertuah. Luar biasa !(Dah macam iklan MLM pulak. Ampun !) Kehkeh.
"Kotak biasa. Isi luar biasa".
Alhamdulillah. Speechless. Hehe. Sebab selama ni memang aku nak ada 1 set barang bertukang gini, tapi kedekut nau nak beli. Nasib ada juga orang bagi tools, boleh juga aku buat ketuk-ketuk. Masa jumpa kat kolej hari Isnin tu, Abang Rahman siap gelak-gelak kata dia ingat orang laki yang dapat. Memang 10 tahun guna pun worth lagi.
Eh ko jangan bang, jangan pandang aku sebelah mata. Apa guna ada biceps kalau tak boleh potong kayu guna gergaji? Eh. Dan kali ni dinner lagi dapat ini pulak.
Punah harapan nak dapat henfon Asus baru grand prize no. 1. Inilah yang dikatakan dah bagi betis nak peha. Dah bagi seterika, nak lagi henfon. Allah bagi rezeki seterika cukuplah tu. Dulu kau jugak merengek tak dapat hapah kan? Tupperware isi asam jawa pun dulu ko setengah mati berebut kat cabutan bertuah.
Bagus juga dapat seterika baru sebenarnya. Aku balik rumah cuti hari tu tengok seterika kat rumah dah nak tertanggal dari casing. Punyalah lama pakai. Rezeki aku tak payah keluarkan duit beli seterika baru :). Kalau dapat henfon, kompem keluar duit lagi beli simkad baru......seterika baru untuk rumah...Oh. Haru biruuuuuu :D
Dan sebenarnya, kita selalu sakit hati kalau tak dapat apa yang kita nak. Kita aim untuk jadi Pengerusi, tapi alih-alih orang pilih kau untuk jadi Setiausaha je. Rasa diri dah cukup bagus, dah cukup berkaliber untuk jadi Boss. Padahal, sebenarnya diri kita belum cukup ilmu untuk jadi Boss. Jadi, lapangkan dada, buka minda. Terima Setiusaha tu dan gali dan kumpulkan ilmu secukup mungkin supaya bila tiba saat kita untuk jadi Boss, kita akan bertindak seperti seorang Leader. Aku lettew, muahahaha :p
Kita nak boyfriend yang muka ala-ala K-Pop. Putih, mata sepet, hensem luaran. Romantik, caring. Tengok-tengok dapat suami ala-ala Remy Ishak. Tapi hensem iman dan hati. Tak tunjuk caring depan orang ramai, tapi everything we need serba serbi cukup. Dah. Nak kata apa lagi?
Allah lebih tahu apa yang kita perlu. Dan Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Jadi, reflect ourself again. Adakah betul apa yang kita nak tu, kita betul-betul perlu? Kalau tak dapat apa yang kita nak pula, jangan sampai menyalahkan takdir. Belajarlah berlapang dada. Tapi yang pasti, dah start umur menua ni, barulah cerah masa depan dengan lucky draw. Aku patut hepi semakin bertuah seiring dengan pertambahan usia atau tidak? T_T