Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau

$
0
0
Hai !


Sebenarnya ini cerita mingu-minggu lepas. Haha. Cerita dah nak basi, tapi asyik tunda dan tunda dan tunda nak masuk blog. Bergambar nya bukan main sebab niat nak masuk sini, tapi terperam jadi susu masam 2, 3 minggu. Ish ish.

Hari Sabtu Ahad hujung-hujung tahun ni dah boleh fefeling maharaja. Kahkahkah. Sebab apa aku kata gitu? Sebab masa awal sampai hujung tahun, kerahan tenaga bekerja hujung minggu tu memang superb. Asyiklah buat muka sedih hujung minggu kena kerja. Hari Isnin je kompem Monday Blues. Blues untuk kita. Apa nak buat, kejar KPI katakan. Hiks :p

Tapi bila dah tercapai KPI, kita apa lagi, yahuuuu, masa untuk berehat bermalas-malasan di rumah sambil memulakan aktiviti meternak lemak ! Kehkehkeh. Dan kali ni menternak lemak di Restoran Sri Titingan Tawau.


Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU
Yang aku pergi ni bangunan baru dia. Besar gila. Ada bahagian nak duduk open-air atau aircond. Oleh sebab kami datang tengahari, duduk open-air sudah.

Aku nak ambik gambar restoran rasa malu-malu biawak juga, Ye lah, blogger part-time cabuk. Sebelah meja kitorang ada a  group of gentleman yang lagi meriah wefie dan selfie. Duduk 5 saat, 3 keping gambar siap snap. Pehtu berdiri balik ambik gambar wefie dari jauh. Makanan sampai ambik wefie dengan makanan. Peh. Pendek kata tercabar kewibawaan aku sebagai blogger cabuk dengan aksi orang sebelah. T_T

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Order Ikan Kerapu Stim Halia
RM 16.00

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Udang saiz Sederhana Goreng Butter

Udang ni dia dah pakej siap 1 paket 1 saiz. Ada saiz kecil, medium dan XL. Yang XL memang dia bagi Tiger Prawn terus. Sepeket yang saiz sederhana (medium) macam kitorang ambik ni baru RM10.50. Ada lagi sotong goreng tepung medium size juga. Pun RM 10.50. Lupa nak ambik gambar. Yang sotong tepung ni best. Tepung nipis, sotong gemuk. 

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Kailan Ikan masin (Large)
RM10.50

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Sup jagung ketam (medium)
RM6.50

Tapi kali ni sup jagung dia kurang kick. Entah apa lah tukang masak dia fikir T_T. Sup jagung Hotel De Choice juga paling sedap setakat ni.

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau

Untuk korang :p

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Konsep seafood dia kat sini ko datang pilih sendiri ikan. Lepas tu pilih sendiri nak saiz apa. Macam udang sotong ketam lala (selain ikan) dia dah siap-siap masukkan dalam plastik ikut saiz. Setiap saiz sama je harga. Tapi satu je yang aku perasan di Tawau ni. Harga air mahal gila. Pada aku lah. Sebab aku selalu minum Teh O Ais. RM 2.70 kau dia charge. Pengsan. Teh serbuk 1 sudu + gula je pun. Haish. Kebanyakkan kedai makan di Tawau ni charge harga gitu. Padahal Teh O je kut. T_T

Semalam masuk mood food hunter. Sarapan dekat kedai yang tak pernah makan. Harga makanan ok, standard. Bila masuk part air. Kejutan besar aku. RM 1.70 je weh. Haha. Pada aku RM1.70 dah cukup murah untuk harga secawan air di Tawau. Sebab bukan Starbuck ko nak charge harga sampai RM 20++.

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Burpp. Alhamdulillah, kenyang. Licin.
Suka lettew orang belanja :p

Restoran seafood halal & murah di Tawau : Restoran Sri Titingan Tawau
Nak datang sini?
Nah aku bagi no phone. 
Untuk panduan yang first time datang ke Tawau, nak cari kedai masakan seafood halal dan murah, boleh pertimbangkan kedai ni. 

RESTORAN SEAFOOD SRI TITINGAN TAWAU

Waktu Beroperasi:
Setiap Hari (11.00 pagi - 11.00 malam)
Jumaat (3.00 petang - 11.00 malam)

Untuk tempahan / reservation, hubungi:
089-758311
013-8643479

Selain restoran ni, ada juga beberapa restoran seafood yang pernah aku pergi. Ok jugak harga, ada juga harga cekik sampai ko muntah, hiks :p. Antara HotPlatter Tawau, Tawau 101 Seafood, Tawau Seafood Muslim Restaurant, Hotel De Choice (sup jagung paling WIN setakat ini dan ketam masak telur masin paling sedap di dunia *harus exaggerate sikit, hiks :p*), Hotel Emas dan paling best setakat ni dari segi rasa, dan harga kecuali menu ikan, Restoran Millenium Tawau. Peh. Kalau nak rasa masakan-Indo, sambal nasi lalap legend boleh try di Indocorner Kubota Square atau Ice Teller Highway.

Jadi, jangan cakap Hakak Sha tak payung tempat makan best kat Tawau ye, ekekeke :p









Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Trending Articles


5 Tagalog Relationship Rules


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.