Difficult Site Navigation Punca Adsense Ditolak? | Hi ! Dah lama rasanya tak bercakap pasal Adsense. Ye lah. Nak cakap lebih-lebih, aku bukannya pakar pun. Tapi kadang-kadang ada juga yang bertanya. Apa petua nak dapatkan Adsense? Apa tips yang nak diaplikasikan supaya lulus tapisan Adsense?
Hurmm. Susah bhai nak cakap. Rasanya lebih mudah nak menaip. Hehe. Sebelum ni aku ada buat beberapa entry mengenai Adsense. Jadi, Tolonglah support dengan menggodek blog aku :p
Permohonan Adsense Ditolak
Siapa yang mohon Adsense, dan ditolak disebabkan ini. Difficult Site Navigation? Sejujurnya, aku pun pernah dapat alasan yang sama macam di atas ini masa mula-mula mohon dulu. Masa tu, memang tak tahu, apakah masalah blog aku, which is difficult site navigation? Apanya yang susah nak navigate? Senang je nampak? Dan ramai juga kawan-kawan yang mohon Adsense mendapat alasan yang sama. Apa masalah sebenarnya ni?
Baru sekarang aku faham setelah aku dapat email amaran terbaru dari Adsense. Apa? Ingat yang dah dapat kebenaran Adsense penuh tak akan dapat amaran lagi? No. You're wrong babeh. Kita sentiasa berada dibawah pemantauan Google. Hiduplah dengan perasaan syak wasangka, cewah ! Haha :p
Dapat amaran dari Adsense for another blog of mine. 3 hari sahaja masa yang diberikan untuk perbetulkan kesalahan. T_T
Ini penjelasan perlanggaran yang didapati dari blog aku.
Seperti yang dinyatakan dalam dasar program kami, tapak yang memaparkan iklan Google harus memberikan maklumat yang banyak namun berguna kepada pengguna. Pengguna perlu berupaya untuk menavigasi dengan mudah melalui tapak bagi mencari produk, barangan atau perkhidmatan yang dijanjikan. Contoh navigasi yang menyesatkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Tuntutan palsu mengenai kandungan yang boleh dimuat turun atau menstrim
- Pautan ke kandungan yang tidak wujud
- Mengarahkan pengguna ke halaman web yang tidak berkaitan dan/atau mengelirukan
- Teks pada halaman yang tidak berkaitan dengan topik dan/atau model perniagaan dari tapak web.
*********
Navigasi. Navigasi. Navigasi. The same issue bila kita nak mohon. Ini yang ditekankan Adsense. Aku dah semak satu persatu entry, tak ada masalah dengan entry. Rupanya ada masalah navigasi blog bila dibuka dengan Mobile View. Ada bugs pada template yang digunakan dan membuatkan post entry tertutup dan tidak dapat ditekan.
Mengambil jalan selamat, aku keluarkan dahulu coding iklan Adsense dari blog tersebut dan mengubah template blog yang baru.
Jadi, buat yang sedang memohon Adsense, dan alasan tidak berjaya kerana Difficult Site Navigation, semak kembali blog anda. Periksa juga Mobile View blog. Mungkin disitu masalah sebenar yang kita cari.
Masalah ini juga termasuk broken links pada toolbar, terlalu banyak tags yang digunakan sebagai kriteria pada toolbar juga kadang kala menjadi penyebab permohonan ditolak. Perbetulkan dan cuba mohon semula.
Masalah ini juga termasuk broken links pada toolbar, terlalu banyak tags yang digunakan sebagai kriteria pada toolbar juga kadang kala menjadi penyebab permohonan ditolak. Perbetulkan dan cuba mohon semula.
Moga bermanfaat :)