Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Buat Duit di Internet dengan Affiliate Pilihan

$
0
0
Tambah pendapatan melalui Program Affiliate | Nak tanya dulu, korang tahu tak apa itu Program Affiliate? Dan korang tahu tak, Program Affiliate ni ada macam-macam, banyak. Tunggu untuk korang bertindak dan pilih je. 

Dulu, aku blogging untuk suka-suka. Katanya nak buat online diary le konon. Tapi online diary untuk aku sorang je baca. So, aku privatekan blog aku. Masa tu zaman belajar lagi. Padahal, zaman belajarlah ada seribu macam story yang boleh dikongsi, dicerita dengan orang. Tapi aku simpan sorang-sorang. Sekarang tengok blogger student lah paling best cerita. Fresh, segar dari ladang dan kelakar ! Haha. Kalau dulu aku serius blogging, agaknya sekarang pemes kut? Kahkahkah. Perasan. Ramai-ramai bagi pelempang bagi dia sedar ! 

So, sekarang baru start blogging. Fikir serius blogging sebab nak dapatkan pendapatan sampingan. Side-income orang putih kata. Side-income dari mana? Dari hasil penulisan, dari hasil iklan, dari hasil advertorial (yang ini aku tak berapa pandai. Dan kekangan masa). Alhamdulillah, bolehlah kata side-income. Kalau major income moleklah kiranya hamba berhenti kerja sekarang dan tumpu blogging. Haha. Tapi masih side-income. Jadi, masih kekal bekerja dan berceloteh tak kira masa. Mohon bertahan.

Dah ada blog, ada Facebook, ada Instagram. Aku berkenalan dengan Affiliate. Pada pemahaman aku, Affiliate ni serupa macam dropship. Tanpa modal, kita mendaftar untuk menjadi agen affiliate dan mempromosikan barangan melalui link khas affiliate kita. Sekiranya ada pembelian melalui link khas affiliate kita, komisen akan dimasukkan ke dalam akaun affiliate kita. Senang kan? Mudah tak? Free je kan? Yang penting ada blog, medial sosial. Settle.

Banyak betul aku membebel kat atas tu. 
Nah. Gambaran paling mudah macam mana Program Affiliate berjalan. 

Dah faham konsep Program Affiliate macam mana.  Sekarang aku nak share beberapa Program Affiliate yang aku join, dan ada yang sudah membuahkan hasil, dan ada yang belum. Kebanyakan yang aku join sebab aku suka, dan aku rasa mudah nak promote dan jual. Ingat. Dari macam-macam Program Affiliate, pilih mana yang kita yakin untuk promote dan jual.

SENARAI PROGRAM AFFILIATE

1. SWEET MUSLIMAH 
http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=2167

Sweet Muslimah adalah peneraju pasaran baju Muslimah terbesar di Malaysia. Antara produk yang dibekalkan adalah baju Muslimah jenama Qirani, Mutif, Ukhti, Albina dan Zenitha. Selain itu ada juga baju kurung dan tudung yang berkualiti, in-trend dan berpatutan. 

Aku suka sebab aku suka shopping baju muslimah dan baju kurung online. Selain beli sendiri, siap promote bagai, tehehe :p. Yang ini dah dapat komisen pertama. Boleh rujuk entry Komisen pertama dari Sweet Muslimah dan sekiranya berminat, boleh sertai Program Affilite Sweet Muslimah di (http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/).

2. BOOKCAFE


Komisen baru masuk hari ni. Rajin kongsi buku-buku menarik, inshaAllah adalah yang masuk membeli. Ada banyak promosi, kadang-kadang sehingga 50% promosi untuk certain buku. Untuk ulat buku, yang suka membaca mesti tertarik dengan BookCafe.

3.  ASHADEE.COM

 http://2.bp.blogspot.com/-BnFqwGiA9GM/VKwzldyG5VI/AAAAAAAAADM/EcI6W0zmRY4/s1600/gambar%2Bashadee.PNG

TIPS BUAT DUIT DI INTERNET TANPA PRODUK SEBENAR DENGAN AFFILIATE

Ada beberapa lagi Program Affiliate yang aku join tapi nanti nantilah ye aku share lagi. Aku percaya korang pun ada join juga, cuma tak nak bagitahu lettew, hiks :p. Berminat? Nak mendalami ilmu Affiliate ni, nak dapatkan tips berkesan bagaimana nak menjana side-income boleh dapatkan dari sini.

     - Pakar Produk Digital | Rahsia Sebenar Kekayaan Internet Marketer 
     - Pakar Affiliate | Buat Duit di Internet Tanpa Produk Sendiri

Kedua-dua produk di atas membocorkan rahsia untuk menjana duit melalui Program Affiliate. Beli sekali, kemudian jana duit berkali-kali dengan Affiliate. Berbaloi-baloi. 

MUDAHNYA BUIT DUIT DENGAN AFFILIATE

 http://www.pakaraffiliate.com/images/sales.jpg
Teringin tak nak dapatkan side-income begini? Tanpa mengeluarkan modal, hanya mewar-warkan di blog dan media sosial. Semudah itu.

Ada yang tanya, apa yang bestnya join Affiliate ni? Apa kelebihan berbanding menjadi agen atau dropship? Ini jawapannya.
  • Tak perlu pening kepala untuk mencipta produk sendiri (yang tak tentu lagi boleh dijual atau tidak)
  • Tak perlu risau penghantaran produk kepada pelanggan
  • Tak perlu layan kerenah pelanggan yang kadangkala mencabar kesabaran dan semangat anda
  • Tak perlu semak dan sahkan pembelian produk
  • Tak perlu risau jika produk yang anda jual sekarang tidak menguntungkan (kerana anda boleh dapatkan produk lain untuk dijual) 

Jadi, dah berminat nak sertai mana-mana Program Affiliate? Boleh sertai mana-mana Program Affiliate dari 3 senarai Affiliate yang aku suka ni, atau boleh juga sertai yang lain. Ada banyak syarikat yang menawarkan Program Affiliate, antaranya Lazada, Zalora, Shopstylers, Ephyra, Klikjer, SiteGiant dan macam-macam lagi. 

Dapatkan dan baca dulu ini. 
     - Pakar Produk Digital | Rahsia Sebenar Kekayaan Internet Marketer 
     - Pakar Affiliate | Buat Duit di Internet Tanpa Produk Sendiri

Semoga berjaya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 434