Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre Sandakan

$
0
0
Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre Sandakan | Minggu lepas Majlis Resepsi Kak Nor & Daus, staf kolej ni di Sandakan. Kitorang semua rancang, alang-alang nak pergi resepsi, kitorang nak jugak berjimba sekali kat sana. So, gerak awal pagi dalam pukul 7 pagi.

Perjalanan ke Sandakan ambil masa dalam 5 jam gitu. Tapi kitorang sampai agak awal dalam 11.30 pagi. Dah kata nak berjimba kan? Jadi, memang dah rancang itinery awal-awal dalam masa kurang 24 jam, apa yang kitorang nak buat kat Sandakan. Wah, gitu.

Tempat pertama adalah....

SEPILOK ORANGUTAN REHABILITATION CENTRE

Ada yang tanya. Apa tak cukup manusia ni ke sampai orangutan pulak korang nak tengok? Kehkehkeh. Actually, aku pernah je datang sini 2 tahun lepas. Tapi masa tu tak kena dengan feeding time aka masa makan orangutan ni semua. Jadi, tak puas hati. 'Aku mesti nak tengok jugak orangutan ni makan'. 

Nah kau, gitu kuat azamnya. dah 2 tahun pun azam tak tercapai, sampai hari ni aku ingat.

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Dah sampai depan pintu masuk. Berdekatan dengan Orangutan Rehabilitation Centre ni, ada Sepilok Jungle Resort. Memang resort betul lah. Dalam hutan. Sesuai untuk sesiapa yang nak menikmati ketenangan hutan. Dan siap ada swimming pool tau! Esok-esok nak berenang dengan orangutan boleh request dengan keeper tempat ni. Ahaks.

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Statue orangutan makan pisang. 

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Bergambar dulu kita.
Masa bergambar ni baru lepas mekap. Toilet dia ada aircond kau. kelas gitu. Hotel pun tak bagi aircond dalam toilet. Risau toilet tak selesa? Jangan risau adik kakak. Toilet dia selesa, bersih, ada tisu, ada sabun. Cleaner sentiasa bersihkan sebab pelancong ramai dan semestinya ada AIRCOND~~

Sebenarnya kitorang bergambar depan TONG SAMPAH! Kahkahkah. Memang kat sini, semua dia buat orangutan. Tong sampah orangutan, statue orangutan. Kerusi meja je tak da orangutan. Kalau dia buat juga, peh. Memang kagum aku.

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Tiket masuk. Boleh guna sekali je.

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Info tentang tempat ni. Actually ada sebanyak 100++ orangutan yang hidup bebas dan dijaga staf pusat pemeliharaan ini. 

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Dah sampai pelantar untuk tengok Feeding demonstrasi. Ramai orang datang sebab nak tengok orangutan ni makan. Ramai-ramai tunggu kat pelantar ni, tunggu orangutan datang. Staf pusat ni akan datang bawa sebakul sayur dengan buah dan bagi orangutan ni makan. Kawan aku siap rakam lagi.

Feeding Time aka waktu makan untuk orangutan buat demo di pelantar ni sehari 2 kali sahaja. Pukul 10 pagi dan 3 petang. Kalau masuk masa lain, rugi lah tak dapat tengok demo makan-makan ni. 

Oh ya. Sepanjang masuk kawasan hutan ni, tak boleh bising. Nanti orangutan ni takut nak datang. Ada banyak sign board Keep Quiet. Kitorang kena marah sebab berborak terlampau eksaited. Ceh T_T

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Mana orangutan ni. Lambatnya datang T_T

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Dah sampai!
2 ekor je yang menyahut panggilan. Sedih iols. Ingatkan datang banyak, boleh tengok ada yang hensem ke tidak. Sob sob sob.
Selalunya banyak yang datang. Kan ada 100++ ekor kan. Kali ni tak banyak sebab rupanya tengah musim buah. Jadi orangutan ni semua tengah berpesta dalam hutan tu. Kitorang jalan-jalan pun nampak buah ciku bergayut-gayut ajak makan. 

Lepas habis demo, kita ke Exhibition Hall pula. 

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Cak!
Orangutan ni sebenarnya haiwan yang sangat manja. Antara diorang pun masa main-main macam ni nampak manja. Yang 2 ekor tu bukan main lagi main cak-cak.

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Turun dulu lah.

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Habis dah tour di Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre. Best tempat ni. Sesuai bawa family untuk menikmati keindahan alam sambil-sambil perkenalkan kat anak-anak, "Nak, ini lah orangutan. Bukan Tarzan je yang duduk dalam hutan". Aku tak tahu lah anak korang paham ke tak lawak tu, kahkahkah.

Sedikit info mengenai Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre:

Opening Hours

Security Gate: Setiap hari dari 8.00pg - 5.00ptg
Reception & Ticketing Counter: 
Setiap hari dari 9.00pg - 11.00pg dan 2.00ptg - 3.30ptg
Exhibition Hall: Setiap hari (kecuali Jumaat) dari 9.00pg - 4.30ptg
Centre: Setiap hari dari 9.00pg - 12.00tghari dan 2.00ptg - 4.00ptg 

             Jumaat 9.00pg - 11.00pg dan 2.00ptg - 4.00ptg
Feeding time: Setiap hari (10.00pg dan 3.00ptg)

Bayaran masuk

Bawah 18 tahun: Malaysian RM 2 & Non-Malaysian RM 15
Dewasa: Malaysia RM 5 & Non-Malaysia RM 30
Bawa kamera, kamkoder akan di kenakan RM 10.

Alamat

Batu 14, Jalan Labuk Sandakan Sabah
WDT200, 9009 Sandakan Sabah
Office +60 89-531 180
Fax +60 89-531 189


P/s: Sebelah Orangutan Rehabilitation Centre ni, ada Borneon Sun Bear Conservation Centre. Tapi kami tak sempat pergi. Kalau rancang perjalanan, boleh masukkan sekali ke sini.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 434