Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Kalau dah rezeki

$
0
0
Hi !

Hari ni masuk ofis aku jadi super duper pelik. Masuk pagi lepas balik sarapan, ofis kosong. Sunyi sepi dengar bunyi cengkerik je. Aku masuk baru dengar bunyi nafas aku sendiri. Pelik betul. 

Duduk sampailah tengahari pun keadaan sama. Ofis sunyi sepi. Macam dah pupus pulak semua staf auto ni. Tengah-tengah bukak email, Amal masuk. Masa tu baru terbongkar yang semua staf Auto pergi meroti ! Apa benda meroti tu? 

Meroti tu as in buat roti. Kursus roti. Dan kursusnya pun bukan roti biasa. Roti sarang lebah ! Kahkahkah. Amboi amboi staf Auto ni. Dah tukar profesion ke? Dah la yang join tu semua lelaki-lelaki sado yang kerja dia mengajar gear box, overhaul, alignment balancing tayar segala. Tiba-tiba meroti? Kahhhhhhhh. 

Aku pun apa lagi. Laju-laju pergi dapur nak rembat 1 box roti. Sampai-sampai rupanya roti baru keluar dari oven. Panas lagi. Sauce pun belum letak sebab nak tunggu roti sejuk. Masa tu pulak aku nak keluar balik rumah sekejap nak jemur baju. Nak makan. Nak solat. Nak tunggu roti entah bila pulak nak sejuk. Jadi kita jalan dulu. Siap pesan "tinggal roti 1 untuk Sha ye" 

Balik ofis tuntut roti tadi, tapi pulang dengan hampa. Hampeh betul tak tinggalkan langsung untuk aku ! Padahal aku dah pesan ! Sampai hati ! Huwaaaa. Nangis guling-guling atas lantai ! Balik rumah petang tu dengan perasaan hiba T_T. Singgah Giant sebab nak beli air mineral. Agaknya faktor hajat tak kesampaian tadi, tershopping benda lain pulak. Konon terapi lah ! Caiittttt. Terapi celah mana?


Ini lah namanya perempuan. Bila masuk market, baik kecik ke besar, mesti terbeli benda yang tak perlu. Padahal niat nak beli air je. Keluar-keluar Giant tengok tangan jinjit 2 plastik beg. Aik. Hantu mana yang beli banyak-banyak ni?


On the way balik rumah.

Untuk orang yang selalu tanya aku, macam mana perbezaan masa antara Sabah dengan Semenanjung. Ini bezanya. Waktu aku balik ni, jam baru pukul 5.40 petang. 5.40 petang ye. Dah gelap macam ni. Matahari pun dah nak tenggelam. Tinggal jambul dia sikit je kat balik bangunan depan tu.

Kalau korang kat semenanjung tu, 5.40 petang tu sempat nak main bola lagi kan? Konda-kondi galah panjang pun dapat lah 5 round baru azan Maghrib. Kitorang tak. Pukul 6.05 petang dah masuk Maghrib. Kalau puasa ni B-A-H-A-G-I-A berbuka awal ! Ahaks ^^

Rupanya rezeki Allah hantar. Alhamdulillah..
Balik rumah tengok ada roti sarang lebah atas meja. Member bagi separuh. Sedapnya ! 
Hah, itu lah. Kadang-kadang kita tak sedar Allah bagi rezeki melalui orang lain. Tunggu masa je nak bagi surprise. Baru kita bersyukur.

Macam tu juga dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kita tak sedar yang rezeki Allah tu dalam berbagai cara. Lambat atau cepat, itu semua rahsia Allah. Allah nak bagi ke tidak, pun rahsia Allah. Kena sabar tunggu. 

Kadang-kadang kita buat keputusan kerana terpaksa. Dan tak suka keputusan tu. Pastu mengungkit-ungkit. Tak baik. Semua yang terjadi ada hikmah dia. Cuma kita yang tak nampak. Macam aku ni, dulu berfikir juga. Kenapa bebal sangat masa lapor diri tak buat rayuan untuk tak perlu datang ke Sabah? Awat lurus macam pembaris sangat? Kalau buat rayuan, mungkin aku tak perlu tempuh perjalanan naik flight 3 jam ulang-alik Tawau-KL. Tak payah tunggu 3,4 bulan baru balik jumpa family. Atau pun langsung tak payah terima kerja ni. Kekal dengan kerja lama kat Rawang nun.

Tapi hikmah untuk perpisahan dan kesusahan sementara ni adalah, aku dapat bantu family aku dari segi kewangan. Lebih sikit dari biasa sebab elaun aku lebih sikit dari biasa ! Haha. Dapat merasa naik flight ! First time aku naik flight masa lapor diri kat sini. Hah, bayangkan 25 tahun hidup tak pernah naik flight ! Duduk kat sini juga aku dapat berjalan, melihat dunia ciptaan Allah yang cantik ni dengan kawan-kawan dan keluarga. Jumpa dengan orang-orang yang baik, yang anggap kita macam family walau tak ada ikatan kekeluargaan. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan? 

Jadi, sentiasa berfikiran positive. Anggap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Kalau dapat kerja yang kita tak suka, cuba sukakan. Usaha. Kalau dapat universiti dan course yang bukan pilihan. Fikir dalam-dalam kenapa kita dapat. Rezeki kita dapat. Ada ramai lagi kat luar tu yang tengah struggle nak ambik tempat kita. Syukur. Family suruh kahwin dengan jiran sebelah rumah. Eh, tak nak lah. Apa kelas jiran sebelah rumah ! Eh. Syukurlah ada orang nak kahwin dengan ko. Ramai lagi yang masih membujang tak kahwin-kahwin. *terasa*

Dan tetiba aku rasa pelik. Dari cerita ketidaksampaian roti sarang lebah, masuk cerita syukur selalu pulak. Ahaks. Yang pasti. Kalau dah namanya rezeki kita, Allah dah mudahkan, jangan nak susahkan pula ! 

Ikhlas,
Dari cikgu simpan dorayaki doblas keping dalam pipi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 434