Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 434

Halalsurf.com | Platform perniagaan produk HALAL

$
0
0
Peneraju pasaran keperluan dan barangan halal: HALALSURF e-marketplace | Pasaran keperluan dan barangan Halal semakin meningkat dan berkembang dengan jayanya, bukan saja di Malaysia tetapi ke seluruh dunia. Komuniti sedunia amnya dan Malaysia khususnya semakin menyedari kepentingan untuk mencari barangan dan keperluan yang Halal, yang diyakini dan terjamin kesucian dan kebersihannya, dan ini atas sebab ini juga, pasaran Halal semakin mendapat tempat di hati komuniti bukan Islam.

Menyahut cabaran untuk menyebarkan dan membawa pasaran Halal lebih dekat dan mudah diakses dihujung jari kepada komuniti, HALALSURF e-marketplace diperkenalkan.


Apa itu HALALSURF?
HalalSurf ialah satu tapak perdagangan untuk perniagaan online, yang memberi fokus kepada pasaran Halal bagi membolehkan pengguna berjual beli segala yang halal dengan cara yang mudah.  Walaupun pada dasarnya HalalSurf adalah e-marketplace untuk keperluan Muslim tetapi pasarannya terbuka kepada komuniti Islam dan bukan Islam seluruh dunia. 

HalalSurf membawa pendekatan perniagaan yang ringkas dan santai. Semua orang boleh berjual-beli segala keperluan halal tanpa mengira saiz perniagaan. Sama ada usahawan kecil, sederhana mahupun besar, semuanya akan berkumpul dalam satu platform e-marketplace halal yang terbuka untuk semua. 

Mengapa HALALSURF?
1) HalalSurf mengumpulkan sebanyak-sebanyaknya produk halal di bawah satu tapak e-dagang. Pengguna kini mempunyai satu one-stop-center khusus untuk mendapatkan pelbagai keperluan dan barangan halal secara online.
2) HalalSurf menyediakan platform kepada para usahawan  dan peniaga untuk membuat penjualan, pemasaran dan promosi produk secara berkesan dan menjimatkan.
3) HalalSurf menyediakan saluran kepada pengeluar produk untuk menjalinkan hubungan perniagaan (B2B) dengan mempertemukan pengeluar-pengedar/penjual tempatan dan dari serata dunia.
4) HalalSurf membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk menerokai pasaran jualan produk halal serantau dan antarabangsa yang bernilai hampir RM9.2 trilion setahun di seluruh dunia!


Pasaran halal global


Pendaftaran sebagai ahli HALALSURF
Sekiranya anda seorang usahawan, tidak kira industri kecil, sederhana mahupun besar, anda semua mempunyai peluang untuk memasarkan produk dan perkhidmatan ke seluruh Malaysia dan antarabangsa dengan mudah. 

Begitu juga sekiranya anda hanya seorang pengguna yang ingin mencari solusi pasaran Halal yang luas dan meyakinkan. HALALSURF adalah jawapannya. Semua keperluan dan maklumat jualan produk boleh diakses dengan mudah.

Rugi rasanya sekiranya peluang pemasaran begini tidak dimanfaat sepenuhnya. Ini kerana pendaftaran adalah PERCUMA untuk menjadi ahli. Pendaftaran sebagai penjual/pengeluar kini diberikan secara PERCUMA dalam tempoh pra-daftar sehingga tarikh pelancaran HalalSurf yang akan diumumkan nanti. 

Untuk mendaftar, boleh layari:
Website: www.halalsurf.com 
Facebook: https://www.facebook.com/HalalSurf


Lokasi Halal Surf

HalalSurf dimiliki oleh:

Integrated Commerce Sdn Bhd (529638-A),
No 79-3, Level 3, Block E, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor,
MALAYSIA.

Tel: 603-87378022
Fax: 603-87376022
Hotline WhatsApp: +6012-3206127



Viewing all articles
Browse latest Browse all 434