Raya haji hari tu ada dapat banyak daging Qurban. Rasanya bukan setakat dapat daging, tulang pun banyak. Penuh jugaklah peti ais mak aku nak menyumbatkan daging and tulang ni. Raya tahun ni kat taman aku ada buat 2 tempat. Kat surau ada, kat taman pun ada sebab orang yang arrange lain-lain. So, lebih banyak bahagian yang diagihkan kepad orang taman. And rupanya ada Qurban Kerbau jugak. First time aku makan kerbau.
Tapi bila dah bercampur baur semua dalam peti ais tu, dah tak tahu mana satu lembu, mana satu kerbau. Makcik-makcik aku datang, mak aku pun bagi je diorang ambik bawak balik. Ada je yang tak makan kerbau rasanya, tapi nak buat acano. Den pun x tau nak bezakan lembu dengan kerbau. Hantam lahhhh. Hehe.
Lauk pertama dimasak dengan tulang and daging tersebut adalah.....jeng jeng jeng...
SUP TULANG PERIUK NOXXA!
Memang kakak aku sengaja bawak balik Periuk Noxxa dia sebab tahu nak rebus tulang and daging tu ambik masa dalam periuk biasa. Rumah mak aku pulak memang tak pernah ada periuk tekanan dan senagkatan dengannya. Sellaunya gigihlah mak masak ayam tua tu, rebus berejam.
But not this time! Hehe. Sebab ada periuk Noxxa! Kerja memasak lebih mudah dengan Nozza. Ewahh, tagline sangat.
Aku share RESEPI SUP TULANG PERIUK NOXXA ni ye. Padahal malu jugak, benda senang pun nak kata resepi. Adudududu. Tapi mesti ada yang first time macam aku yang tak sure how to use this Noxxa, kan? So, harap step-by-step menggunakan Periuk Noxxa ni membantu awak :)
RESEPI SUP TULANG PERIUK NOXXA
Mula-mula sekali bersihkan tulang/daging yang nak direbus tu. Masukkan dalam periuk Noxxa dan masukkan air. Masukkan juga halia yang telah dihiris-hiris. Amaun halia tu ikut suka hati. Kalau nak banyak, letak banyak. Paras air hendaklah menenggelamkan tulang/ daging tersebut. Refer gambar atas tu ye.

ON kan Periuk Noxxa. Tekan button HIGH PRESSURE.
Tekan lagi buttop High Pressure. Kali ni untuk set kan timer. Sebab tulang yang aku masukkan ni tulang besaq (gearbox), so aku tekan sampai 60 (60 minit). Kalau tulang biasa je, tekan 45 minit pun dah okay. Dah siap setting timer, tekan button ON-OFF.
Tunggu sampai habis masa, nanti dia akan bagi bunyi signal menandakan dah habis masa.
Release tekanan dengan memutar tombol atas tudung periuk ke STEAM.
Hati-hati tau dengan wap panas yang keluar tu. Aku nak pusing tombol tu siap pakai apron dan senduk panjang, hehe :D Lepas habis wap panas tu keluar, baru tudung periuk tu boleh terbuka.
Tumis dalam kuali bawang putih dan halia. Kalau ada penumis tumis sekali. Macam daging Qurban ni baru kan, so aku suka guna banyak halia sebab nak hilangkan rasa fresh and hanyir tu.
Masukkan perencah sup yang dicampur sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.
Dah siap tumis, tuangkan ke dalam Periuk Noxxa tadi. Masukkan juga tomato dan daun bawang.
Tekan button STIR-FRY dan kacau-kacau sebentar supaya penumis tadi bercampur dengan sup.
Siap!