Kota Kinabalu: Oceanus Waterfront | Semput jugak nak menghabiskan entry outstation ni. Haha. Padahal senang je nak cerita, tapi tangan kemain malas nak menaip. Lagipun rasa macam tak best, lepas ni nak buat entry baru short holiday ke Sandakan, tapi KK tak habis-habis lagi. Ish-ish.
Malam Sabtu (Ahad check-out), organizer bagi keluar awal. Settle presentation awal supaya peserta yang jauh-jauh boleh keluar menikmati alam. Cewah. Kitorang, even dekat warga Sabah, tapi nak jugak keluar berjimba.
Rupanya ada shopping complex baru di KK ni. Shopping complex sedia ada pun dah banyak, kat Karamunsing, Warisan Square (hotel kitorang berada dalam rangkaian Warisan Square), Centre Point, Suria Sabah, 1 Borneo dan Wisma Merdeka. Cepat betul shopping complex baru naik. Kebetulan shopping complex baru ni dekat je dengan hotel. Kita jalan kaki dulu!
OCENUS WATERFRONT MALL
Memang baru sangat. Rasanya bulan Disember 2014, baru tahun lepas dibuka kepada umum. Mall ni betul-betul berdepan dengan Marina Court. Kawasan jem weh.
Masa masuk tu, banyak lagi ruang lot kedai tak terisi. Orang pun tak berapa ramai sangat. Tapi banyak jenama terkenal having their outlet there. Tahu apa yang aku dapat hasil window shopping kat sini?

Rose Water Body Mist dari The Face Shop
Kelakar jugak, balik KL tak heran dengan The Face Shop. Datang KK, kemain kemaruk beli. Kahkahkah. Beli sebab satu: bau sedap. Dua: murah (promosi 2 botol RM50). Jadi, beli lah buat perabih duit yang dah sedia habis tu! Kehkehkeh
Singgah kedai ala-ala Lovely Lace. Banyak gila anak patung comel - comel. Terutama yang kaler pink besar debab tu. Dah la betul-betul depan pintu. Saja ja nak tarik perhatian jiwa perempuan suci macam aku yang suka teddy bear comel. Ahh T_T
*Perasan. Meh lempang sedas*
Kedai Trendy House ni memang best weh. Banyak bear, girrafe, bantal, banyak ah. Dah la murah. Siap ada less lagi sempena pembukaan diorang baru-baru ni. Kalau buat kad, sentiasa dapat diskaun 10% sampai korang arwah. Bagi la kengkawan guna bila nak beli untuk girlfriend ye! Kehkehkeh.
Yang tak bestnya Oceanus Waterfront Mall ni, pilihan kedai belum banyak lagi. Kalau nak shopping, best lagi Suria Sabah atau 1Borneo. Kedai makan pun sikit. Ish ish. Tunggu lah sampai hujung tahun ni, baru meriah sikit kut?
Lunch hari terakhir. Baru jumpa kambing balik. Nyum nyum nyum. Lauk kambing black paper ni masa 1st round sedap. Daging lembut, black paper sauce pun pekat likat. Aku siap tunggu diorang keluarkan lauk ni untuk 2nd round. Nak ratah gitu je dengan sambal belacan. Tapi 2nd round dah kureng. Blackpaper sauce pun macam dia dah tambah air. Tapi ape ada hal. Bedal tetap bedal, ahaks =D
Lauk aku macam ala-ala pemakanan sihat kan? Nasi sejemput, sayur dengan lauk sikit. Padahal, lepas tu makan desert bukan main galak. Kek dia sedap. Dah hari terakhir baru ada can rasa kek sedap. Setiap hari diorang akan letak kek masa lunch dan dinner. Tapi aku buat dunno sebab nampak macam kek krim biasa. Rupanya sedap. Itu lah, lain kali jangan pandang pada rupa saja ye. Kan dah rugi berhari-hari T_T
Apa yang aku suka di Klagan Hotel ni?
1) Sarapan banyaaaaaaak gila pilihan dan sedap
Set breakfast RM30/pax. Macam mahal sikit, tapi berbaloi-baloi i told u. Kitorang memang sentiasa ternanti-nanti masa sarapan. Pilihan memang banyak (tak macam hotel Sandakan kitorang baru ni. RM36/pax, tapi choice.....T_T).
Ada pilihan dari nasi goreng, mee hon goreng, lauk-lauk buat tambah kat nasi/ meehon goreng, set bubur nasi, desert, buah-buahan, cereal, kek (bukan kek macam lunch), roti, telur rebus, omellet (Omellet ni aku makan setiap hari. Best!), juice, kopi. Ala. Banyak lah. Memang best compared to lunch. Maybe sebab lunch & dinner kitorang je, tak ramai.
2)Sambal belacan sedap
Chef ni memang pandai buat sambal belacan oke! Aku siap ratah bendi rebus dengan sambal belacan makan gitu je. Pulak tu, sambal belacan dia tak gatal. Resdung aku tak meronta-ronta, lagi lah menggila aku membelacan. Organizer aku siap request nak jumpa chef nak tanya rahsia belacan ni.
3) Seterika, board seterika, sejadah semua ada
Ini common sense. Kalau semua hotel macam ni kan best. Ada hotel yang kedekut nak bagi seterika. Bila request, kita pakai sekian-sekian jam, lepas tu kena pulangkan balik. Eh. penatlah aku. Takut sangat orang bawak balik seterika tu.
Yang sejadah tu yang best, senang aku. Tapi aku faham tak semua hotel boleh letak dalam bilik macam tu sebab bukan semua guest dia Islam kan? Rasanya ini sebab kitorang peserta kursus kot? Tapi still appreciate that move =)
Ok, rasanya entry ni dah habis. Kiranya, kali ni pergi Kota Kinabalu, sempat pegi berjalan tempat yang dekat-dekat je. Jadi lah, tiket pun free, lagi mahu kerajaan sponsor ko punya trip ala-ala holiday? Kem salam.